fbpx

[VIDEO] ‘Tak sangka ada orang wakaf pencuci mekap di surau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video dua wanita sedekahkan barang keperluan buat jemaah surau wanita

PETALING JAYA – Dua sahabat baik menerima pujian ramai susulan tindakan mereka menyediakan barangan keperluan bagi jemaah wanita di surau-surau berdekatan dengan setiap laluan stesen kereta api.

Menerusi video di TikTok yang dikongsi oleh @izzhazhri, dua wanita itu mewakafkan barangan keperluan jemaah wanita seperti selipar tandas, pencuci mekap dan tisu muka termasuk di surau-surau wanita dalam pusat membeli-belah.

Usaha dua wanita tersebut mendapat perhatian ramai dengan rata-rata pengguna TikTok memuji perbuatan mereka untuk bersedekah.

“Baru semalam kakak saya cerita, ada orang wakaf makeup wipe (pencuci mekap), dia nak singgah solat kebetulan tiada make up remover (penanggal mekap). Terima kasih, semoga rezeki dimurahkan dan ibadah sepanjang bulan Ramadan diterima,” komen @mitsumishorthair.

“Bila kita rasa tak tenang, tak tahu apa yang tak kena, memang bersedekahlah caranya. Semoga kalian mendapat pahala jariah,” komen @fakhira_siti. -KOSMO! ONLINE

@izzhazhriWe need extra during ramadhan🌙 Sepatutnya semua station, tapi sangat penat yaa so selebihnya letak dekat surau ioi mall 🙂♬ suara asli || 𝕮𝖆𝖕𝖈𝖚𝖙 – lulu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI