PETALING JAYA – Seorang pemuda yang menaiki motosikal sempat merakam situasi unik apabila sebuah kereta dilihat bergerak dengan plastik makanan tersepit di pintu penumpang.
Video tular yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @Thismeoro, menunjukkan plastik itu terjuntai keluar dari bahagian bawah pintu kereta dan tidak disedari oleh penumpang atau pemandu kenderaan tersebut.
Hasil tinjauan Kosmo! Online di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen terhibur, malah ada yang memberikan pelbagai andaian lucu mengenai kejadian itu.
“Takut iman tergugat kot bang, tu letak luar,” komen @Azreenross._.
“Mungkin makanan itu berbau dan isteri dia ‘pregnant’ (mengandung). Hahahha. Nak elakkan bau la tu. Tapi kenapa bawah ek,” kata @Diya_kawasaki.
“Ni mesti dalam kereta tengah tercari-cari mana makanan dia,” balas @Yomakochi_.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 25,700 tanda suka, 250 komen dan 25,000 perkongsian. -KOSMO! ONLINE
@thismeoro Dugaaan berpuasa ni ganggg #iftar #ramadan #bazar #bazaar ♬ orijinal ses – azr