fbpx

SPRM dijangka rakam percakapan Ismail Sabri esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka merakam percakapan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Menurut sumber, rakaman percakapan itu akan dibuat esok oleh SPRM selepas tempoh cuti sakit Ismail Sabri tamat pada hari ini.

“Rakaman percakapan dijangka dibuat esok,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Minggu lalu, pegawai penyiasat SPRM menemubual doktor perubatan yang merawat Ismail Sabri di sebuah hospital di Selangor.

Keterangan diberikan doktor perubatan itu kepada SPRM bagi mengetahui tahap kesihatan Ismail Sabri sebelum keterangannya direkodkan esok.

Sebelum ini Ismail Sabri dijadualkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 5 Mac untuk memberi keterangan.

Namun, beliau tidak dapat hadir sehingga kini kerana masalah kesihatan dan telah diberikan sijil cuti sakit oleh doktor yang merawatnya sehingga hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi sebelum ini mengesahkan perkara tersebut dan berkata, bekas Perdana Menteri dijangka diambil keterangan pada 13 Mac sekiranya kesihatan beliau baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI