fbpx

[VIDEO] Lembu siapa buat ‘roadblock’ di lebuh raya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video beberapa ekor lembu berkeliaran di atas jalan raya di Lebuh Raya Shah Alam.

PETALING JAYA – Pengguna kenderaan ‘terganggu’ dengan kehadiran beberapa ekor lembu di atas jalan raya, sewaktu menempuh kesesakan di waktu pagi di Lebuh Raya Shah Alam.

Video kejadian itu dikongsikan seorang pengguna TikTok, Kolin Dollah berhubung kehadiran lembu berkenaan yang mana, ada pengguna mengakui hampir melanggar haiwan tersebut.

“Patut perlahan jalan, tujuh ekor sekali dekat jalan raya. Pagi-pagi memang sesak jalan ni, tapi hari ini kebetulan ada lembu tujuh ekor. Kejadian di simpang lepas Kota Kemuning,” kata Kolin pada video yang dimuat naik kelmarin.

Seorang pengguna TikTok yang lain juga memaklumkan dia melalui jalan tersebut dan hampir melanggar lembu itu.

“Sumpah saya ada di situ baru sahaja dan hampir terlanggar lembu,” katanya.

“Saya pun nampak masa tu. Lembu berkeliaran dan ada seekor kena langgar dengan lori, kasihan. Harap masih hidup sebab saya tengok ada pergerakan sikit,” dakwa seorang lagi individu.

Dalam pada itu, orang ramai marah dengan perbuatan pemilik lembu yang membiarkan haiwan ternakan itu berkeliaran sekali gus mengundang risiko keselamatan.

“Biasa kalau tengah jalan ni, pemilik memang dah lepas tangan. Sebab tak sanggup nak bayar denda, saman dan belum lagi yang tuntut insurans, peguam. Pilihan mereka biar lembu hilang daripada masuk penjara,” kata seorang pengguna TikTok.

“Majlis agama dah boleh keluarkan fatwa mana-mana lembu di tengah jalan tanpa ada tuan, orang ramai boleh ambil bawa balik,” cadang seorang individu.

“Ini ‘roadblock’ ni. Minta lesen dan kad pengenalan,” ujar seorang individu berseloroh. – KOSMO! ONLINE

@kolin_dollah Patut slow jln..7 ekor sekali dekat jln raya😅😅 #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Cintamu Hoax – Aamiikh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI