PETALING JAYA – Tindakan lucu seorang penghantar barang melemparkan satu bungkusan akibat takut akan anjing peliharaan di rumah pelanggannya mendapat perhatian orang ramai.
Menurut perkongsian @NadhirahRodzi di akaun Tiktok miliknya, tertera pesanan di luar pagar rumah berkenaan yang memaklumkan agar meletakkan barang yang dihantar di dalam pagar rumah.
Namun, kehadiran haiwan peliharaan pemilik kediaman membuatkan penghantar barangan tersebut berasa takut dan hanya melemparkan barang di hadapan anjing berkenaan.
“Memang orang kata kita ini kerja hantar barang sahaja, tetapi realitinya…,” katanya.
Hantaran itu menerima hampir 7,000 ribu butang suka dan komen yang menghiburkan.
“Sebenarnya saya tahu, bukan takut sebab kena gigit tapi takut kena air liur anjing sahaja,” kata @Naxuxin.
“Nampak jinak betul. Kalau garang, awal-awal sampai dia sudah menyalak,” komen @Mzx92xx.
“Walaupun takut, akak tetap masuk, bertanggungjawab betul,” balas @Dnlrzn. -KOSMO! ONLINE
@nadkaqchao customer always right kan🤣 mendengar arahan🫡 #courier ♬ original sound – NADHIRAH RODZI