PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Sarawak pada pagi ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang diramalkan berlaku di negeri Sarawak sehingga pukul 1 tengah hari nanti.
“Cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. -KOSMO! ONLINE