fbpx

Lelaki ditembak anjing peliharaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR anjing didakwa menembak seorang lelaki di dalam bilik tidur. - Foto News2abc

WASHINGTON – Seorang lelaki ditembak di kaki kiri oleh anjing peliharaannya ketika berbaring di atas katil selepas haiwan tersebut terpijak senjata api, lapor akhbar Metro UK semalam.

Jerald Kirkwood dari Memphis, negeri Tennessee, sedang bersantai dan berbual dengan seorang rakan wanita di dalam bilik tidurnya sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan).

Namun, anjing peliharaannya daripada baka terrier pitbull yang dinamakan Oreo, teruja untuk memasuki bilik tidur Kirkwood sehingga ia terpijak pistol yang berada di atas lantai.

Kaki haiwan itu tersangkut pada picu, menyebabkan senjata itu ‘tertembak’ kaki Kirkwood.

Dia mengalami luka di paha kiri dan dirawat di tempat kejadian oleh anggota-anggota paramedik sebelum dihantar ke hospital.

“Apabila anggota polis bertanya kepada mangsa mengenai senjata api itu, dia memberitahu bahawa rakannya mengambil senjata api tersebut dan pergi (meninggalkan rumah),” katanya.

Satu kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian, manakala polis memfailkan kejadian itu sebagai kecederaan yang tidak disengajakan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI