fbpx

All England: Pemain sandaran negara kecundang awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA antara pemain negara yang menerima nasib tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan All England kali ini. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Bukan hari bertuah buat kem badminton Malaysia pada pusingan pertama Kejohanan Badminton All England apabila beberapa pemain sandaran negara ditunjukkan jalan keluar satu demi satu.

Perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dan beregu lelaki kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa menelan hakikat cukup perit apabila gagal melayakkan diri ke pusingan kedua.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham awal pagi tadi, Zii Jia dikejutkan dengan kekalahan tiga set 21-19, 16-21, 12-21 kepada pemain Hong Kong, Ng Ka Long.

Zii Jia yang berehat panjang sebelum ini akibat kecederaan memulakan permainan dengan langkah kanan apabila menang set pertama, namun gagal mengekalkan rentak konsisten dalam dua set berikutnya.

Sentuhan bekas pengarah kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann nyata membuahkan hasil apabila berjaya membantu Ka Long mendominasi permainan di set kedua dan ketiga.

Sementara itu, Aaron-Wooi Yik yang diletakkan harapan untuk menamatkan kemarau kejuaraan dalam beregu lelaki turut terkandas apabila tewas 16-21, 21-16, 18-21 kepada Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark.

Kekalahan tersebut pastinya menjadi tamparan hebat buat bekas juara dunia itu memandangkan mereka turut tersingkir di pusingan pertama ketika beraksi pada Orleans Masters di Perancis minggu lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI