PETALING JAYA – Sebuah rakaman yang menunjukkan seorang remaja terjatuh dalam keadaan seolah-olah bersimpuh sewaktu dalam proses latihan pembikinan lesen motosikal mencuri perhatian netizen hari ini.
Klip yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @Nishzmar_ memaparkan dirinya yang hilang keseimbangan semasa melalui sebuah titi mendapat perhatian ramai dengan caranya dia terjatuh.
Dia yang hanya redha dengan kejadian yang menimpanya, terdiam seketika sewaktu terjatuh daripada motosikal berkenaan.
“Dugaan, penat buat lesen bulan puasa,” katanya.
Reaksi tuan badan turut menambah kegembiraan warganet yang menonton klip tular yang menerima 86, 500 ribu butang suka tersebut.
“Suka sangat ambil lesen motor berbanding kereta, lesen kereta bosan kalau motor siap boleh sembang lagi dengan orang lain,” kata @Shieyyr.
“Saya tak boleh gelak lagi sebab belum ambil lesen,” komen @Alin.
“Sebab ini aku takut nak ambil lesen motor, takut jadi macam ini,” balas @Nescafelemon. -KOSMO! ONLINE