fbpx

ACLE: JDT gagal ke suku akhir, akur tewas 0-1 kepada Buriram United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON dan Alvaro Gonzalez bersaing untuk menanduk bola pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) peringkat 16 terbaik pusingan kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini malam ini.

Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan sekadar menyamai rekod yang dilakar pada saingan ACLE dua tahun lalu.

Sepanjang 90 minit perlawanan, ia berlangsung dengan penuh dramatik apabila seawal saat ke-47, penyerang JDT, Bergson Da Silva berjaya menembusi gawang lawan, sebelum jaringan itu dibatalkan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana ofsaid.

Buriram United tidak hanya berdiam diri apabila terus membalas asakan bertali arus JDT menerusi percubaan Guilherme Bissoli pada minit ke-7 namun berjaya ditepis penjaga gol JDT, Andoni Zubiaurre Dorronsoro.

Tuan rumah sekali lagi berpeluang mendapatkan jaringan pada minit ke-28 bagaimana percubaan Afiq Fazail sekadar menggegar gawang.

Kedua-dua pasukan terus mengatur gerakan demi gerakan namun keputusan 0-0 kekal sehingga tamat 45 minit perlawanan separuh pertama.

Bersambung babak kedua, Buriram United dilihat lebih agresif mendapatkan gol dan usaha mereka berhasil apabila tendangan lencong penyerang, Suphanat Mueanta gagal ditepis penjaga gol tuan rumah menjadikan kedudukan 1-0 kepada pelawat.

JDT bagaikan tersentak dengan jaringan itu terus mengasak kubu lawan menerusi beberapa percubaan berbahaya namun barisan pertahanan pelawat kekal bertahan.

Harimau Selatan berpeluang mendapatkan jaringan apabila diberikan tendakan percuma namun sepakan Heberty De Andrade pada minit ke-85 terkena benteng pertahanan lawan.

Tuan rumah sekali lagi mendapat peluang akhir untuk menyamakan kedudukan apabila Jorge Lorenzo Rojas berjaya menyempurnakan hantaran Arif Aiman namun VAR sekali lagi membatalkan jaringan itu.

Pusingan suku akhir ACLE bakal berlangsung di Arab Saudi bermula 25 April hingga 4 Mei ini. Juara kejohanan itu akan melayakkan diri ke Kejohanan Piala Antara Benua FIFA 2025 dan Piala Dunia Kelab FIFA serta melayakkan diri secara automatik dalam ACLE edisi tahun depan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI