fbpx

Kajian lapangan masih dilakukan – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (tiga dari kiri) memberikan sumbangan kepada wakil masjid pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Besar Perak Darul.Ridzuan Dan Timbalan Menteri Dalam Negeri di Penjara Tapah, Tapah Road, Tapah hari ini.

TAPAH – Kajian lapangan secara agresif masih dilakukan bagi mengenai pasti seorang daripada enam calon tempatan yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April nanti.

Pengerusi UMNO dan BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kajian itu bersifat kritikal bagi memilih calon boleh menang pada PRK tersebut.

“Calon kita (itu) yang dikenali, boleh diterima pengundi, ada kredibiliti. Aspek akademik, pengalaman itu semua diambil kira. Pengundi muda 46 peratus (pada PRK itu). Selera orang muda tidak sama selera orang lama.

“Kita masih buat kajian lagi, ada enam calon dan insya-Allah kita akan dapat terbaik yang diantara baik-baik selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Besar Perak itu berkata sedemikian pada pemberita selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Besar Perak Darul.Ridzuan Dan Timbalan Menteri Dalam Negeri di Penjara Tapah, Tapah Road di sini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI