fbpx

Lari dari rumah sebab ditegur main telefon, disekat internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farienna yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.

SHAH ALAM – Hanya kerana ditegur leka bermain telefon bimbit dan dikenakan sekatan akses internet, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini sejak kelmarin.

Kehilangan Farienna Alyssa, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di bandar raya ini disedari kira-kira pukul 9 pagi, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa remaja itu seorang peniaga berusia 46 tahun kira-kira pukul 9.27 pagi semalam.

Katanya, siasatan mendapati anak kedua daripada lima beradik itu keluar dari rumah keluarganya dengan memakai baju berwarna putih berlengan panjang dan tudung hitam serta berseluar panjang membawa beg sandang.

“Punca remaja itu meninggalkan rumah adalah disebabkan teguran bapanya kerana terlalu leka bermain telefon, ditambah lagi dengan sekatan akses internet,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau memberitahu, satu Kertas Enkuiri Polis Orang Hilang dibuka untuk menyiasat kehilangan remaja tersebut.

“Ciri-ciri fizikal mangsa adalah berketinggian 158 sentimeter dan berat badan 53 kilogram, kulit sawo matang serta berbadan kurus.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450,” katanya.

Terdahulu, tular biodata gadis tersebut di media sosial dengan memohon orang ramai yang menjumpainya supaya memaklumkan kepada pihak keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI