fbpx

Terkejut harga ‘jahat’ kuih onde-onde

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuih onde-onde yang dibeli dengan harga RM5.

PETALING JAYA – Keinginan untuk merasai pemanis mulut sewaktu berbuka bertukar rasa terkejut mendengar harga kuih tradisional, onde-onde.

Menurut perkongsian oleh Aya Zuki melalui Facebook, dia tidak menyangka kuih itu dijual pada harga RM5 dengan kuantiti sebanyak 4 biji.

Tambahnya, ia adalah suatu perkara yang tidak patut dan harga yang diletakkan kurang bersesuaian dengan makanan tersebut.

“Tergamam sebentar tapi dalam hati berkata, sudah mahal ye sekarang kuih onde-onde ini. Mahu letak semula rasa kesian,” ujarnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut menyampaikan perasaan berang tentang tindakan peniaga kepada kuih berkenaan.

“Tak kisahlah kalau harga kuih naik sekalipun, kira kami mampu beli tapi tolonglah buat harga murah. Rasa macam tak berbaloi bila harga mahal tapi tak sedap,” kata @RienDiin.

“Alamak, seramnya tengok harga kuih itu,” komen @RafizahNazri.

“RM5, 4 butir itu besar ke kecil isinya ye, melampau betul harga,” balas @NormaLianajwa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI