fbpx

30 rumah terjejas, satu PPS dibuka di Sekinchan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bumbung yang rosak di kawasan perumahan Taman Ria, Sekinchan.

SABAK BERNAM – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan keluarga mangsa ribut dan puting beliung yang melibatkan kira-kira 30 buah rumah di Taman Ria, Sekinchan di sini, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sabak Bernam mengaktifikan PPS di Dewan Seri Sekinchan itu pukul 4.50 petang tadi.

Pengerusinya, Ali Sadikin Sadin berkata, semua agensi terlibat telah diarah bersiap siaga menghadapi situasi itu termasuk menyediakan bantuan segera kepada mangsa terjejas dan melaksanakan pemantauan berterusan di lokasi berkenaan.

“Orang ramai yang berada di kawasan berisiko dinasihatkan sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan masing-masing. Patuhi pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan beberapa rumah rosak selepas bumbung diterbangkan dalam kejadian puting beliung di sekitar Sekinchan, petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI