fbpx

Malaysia-Amerika Syarikat perkukuh kerjasama berimpak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan pertemuan bersama Edgard di Putrajaya hari ini. Foto FACEBOOK ANWAR.

PETALING JAYA – Malaysia dan Amerika Syarikat terus memperkukuh hubungan dua hala menerusi kerjasama dalam bidang ekonomi, teknologi, serta pensijilan halal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan di Putrajaya, petang ini.

Menurutnya, pada pertemuan berkenaan turut menyentuh soal Kepengerusian ASEAN 2025 terutamanya terkait Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat.

“Malaysia juga mengundang Presiden Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI