PUTRAJAYA- Sejumlah 84 peratus penerima isu rumah, bujang dan warga emas telah Sumbangan Asas Rahmah (Sara) setakat semalam dengan melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM115 juta.
Kementerian Kewangan berkata, penerima isi rumah di Perlis, Kelantan, Kedah, Terengganu, dan Sabah mencatat kadar penggunaan tertinggi.
“Sara terus membantu meringankan beban penerima, dengan bantuan tunai dikreditkan melalui MyKad pada setiap bulan.
“Selain itu, pembelian menggunakan Sara mencatat rekod jualan tertinggi dalam sehari, dengan 100,000 transaksi bernilai RM8.4 juta pada 1 Mac 2025, sehari sebelum Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini tadi. – KOSMO! ONLINE