PETALING JAYA – Tindakan murni seorang ‘rider’ menyelamatkan seekor anak kucing yang berada di tepi jalan raya dipuji ramai.
Menerusi perkongsian lelaki tersebut di akaun TikTok miliknya, dia yang sedang bergegas untuk menghantar pesanan pelanggan tiba-tiba berhenti dan mengutip anak kucing tersebut.
“Saya tengah laju mahu menghantar ‘order’ kerana nak pergi bazaar untuk berbuka puasa.
“Tiba-tiba ternampak anak kucing ketakutan di situ, tanpa berfikir panjang saya berhenti untuk selamatkan kerana risau kena langgar oleh kenderaan yang lalu-lalang di situ,” katanya.
Kucing yang diselamatkan oleh lelaki yang berhati mulia tersebut kemudiannya dibawa pulang olehnya kerana dia tidak tahan dengan kecomelan haiwan tersebut.
Tinjauan di ruangan komen mendapati kebanyakan warganet memuji kebaikan penghantar makanan itu kerana tindakannya menyelamatkan anak kucing berkenaan.
“Terima kasih bang, semoga lampu isyarat sentiasa hijau, jumpa pelanggan semuanya yang baik, tak banyak ragam. Semoga Allah melindungi abang sentiasa,” komen @EleenShamsul.
“Comelnya meow ni. Terima kasih bang, semoga dipermudahkan semua urusan di dunia dan akhirat, semoga diperluaskan lagi rezeki abang,” kata @Urgirl. -KOSMO! ONLINE