fbpx

Pelajar maut kepala digilis lori ketika balik dari kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA trafik mengawal keadaan lalu lintas di lokasi kemalangan pelajar universiti di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang pelajar universiti swasta di Pasir Gudang meninggal dunia selepas kepalanya digilis sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 9, Lebuhraya Pasir Gudang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku pukul 3.25 petang semasa mangsa dalam perjalanan dari universiti itu ke Perling, di sini.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa lelaki berusia 23 tahun telah memotong di sebelah kanan sebuah lori yang dipandu lelaki warga tempatan berumur 36 tahun.

“Ketika memotong mangsa dipercayai hilang kawalan dan terjatuh di bawah lori yang sedang bergerak di lorong kiri.

“Keadaan ini menyebabkan bahagian kepala mangsa digilis tayar sebelah kanan belakang lori tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Raub, sewaktu kejadian berlaku, cuaca hujan menyebabkan permukaan jalan basah dan licin.

“Pemandu lori berkenaan tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI