fbpx

DBKL gempur penjaja tanpa lesen, tiga warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguat kuasa DBKL memeriksa lesen penjaja di Jalan Damanlela, Segambut hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai tiga warga asing ditahan dalam operasi yang dijalankan terhadap penjaja tanpa lesen di Jalan Damanlela, Segambut, di sini hari ini.

Operasi itu dilaksana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur (JIMKL).

DBKL dalam kenyataan berkata, hasil tindakan khas yang dijalankan, sebanyak sembilan kompaun dikeluarkan di bawah UUK 3(1) dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Satu kes tindakan sita dan satu kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 46(1)(d) menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Pasukan operasi JIMKL turut membuat tangkapan terhadap tiga warga asing yang tidak memiliki dokumen yang sah,” katanya hari ini.

DBKL berkata, kesemua barangan yang disita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI