fbpx

[VIDEO] ‘Dia tengah tengok masa depan tu…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat mencuit hati seorang budak lelaki bertapa selepas habis waktu persekolahan.

PETALING JAYA – Gelagat seorang budak lelaki yang duduk bertapa di tepi sekolah selepas waktu persekolahan mencuit hati netizen.

Menerusi klip video tular di TikTok milik @Fairosedhan, kanak-kanak itu dilihat duduk bersila seolah-olah sedang bermeditasi sambil menunggu penjaganya datang menjemput.

Tinjauan di ruangan komen dibanjiri reaksi lucu daripada pengguna yang rata-ratanya terhibur dengan aksi spontan budak tersebut.

“Nak buka portal ke rumah ke? Ajaran doktor ‘strange’,” seloroh @Razor_zx.

“Mantra panggil mak ayah suruh datang ambil balik sekolah cepat ke?,” komen @Badxman99.

“Dia tengah tengok masa depan tu, berapa banyak kemungkinan boleh tahan puasa,” kata @Nxeem.

Aksi comel itu ternyata menceriakan suasana dan mengundang gelak tawa pengguna di media sosial.

Hantaran tersebut terus mendapat perhatian dengan menerima 73,500 tanda suka, 954 komen dan 45,000 perkongsian. -KOSMO! ONLINE

@fairosedhansabarjelah dik bulan ii puasa nim .♬ tob tobi tob – wsszx.7

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI