fbpx

MotoGP: Vinales bergelut masalah tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINALES berharap dapat menampilkan prestasi lebih baik dalam perlumbaan kedua pada GP Argentina hujung minggu ini. - AFP

LONDON – Pelumba Tech3 KTM, Maverick Vinales mengakui dirinya masih jauh ketinggalan selepas menamatkan Grand Prix (GP) Thailand di tempat ke-16, hampir 30 saat di belakang Marc Marquez yang menjuarai perlumbaan pembuka tirai tersebut.

Ramai menjangkakan Vinales mampu memberi saingan selepas menampilkan peningkatan dalam ujian pramusim, tetapi Sepanyol itu bergelut sepanjang hujung minggu di Litar Buriram, termasuk tersangkut di kedudukan ke-18 semasa sesi kelayakan.

“Inilah tahap sebenar kami sekarang. Masih banyak yang perlu diperbaiki,” katanya yang jelas kecewa dengan prestasinya bersama jentera RC16.

Vinales turut mendedahkan bahawa masalah utama dihadapinya adalah cengkaman tayar hadapan yang semakin berkurang apabila bersama kelompok pelumba lain.

“Bila bersendirian, tayar hadapan lebih stabil. Namun, bila berada dalam kelompok, suhu meningkat, cengkaman hilang dan semuanya jadi lebih rumit,” katanya.

Rakan sepasukannya, Enea Bastianini membuktikan jentera KTM mampu memberi saingan selepas menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan.

Sementara itu, Brad Binder menjadi pelumba KTM terbaik apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan, namun masih jauh dari kelompok hadapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI