fbpx

Cadillac kenal pasti enam calon pelumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREZ menjadi salah seorang daripada enam calon pemandu berada dalam radar Cadillac. - AFP

LONDON – Pasukan Cadillac yang bakal membuat debut dalam Formula Satu (F1) pada 2026 kini memiliki sekurang-kurangnya enam calon pemandu.

Cadillac yang akan menjadi pasukan ke-11 di grid F1 selepas mendapat kelulusan rasmi daripada Persekutuan Automobil Antarabagsa (FIA) minggu lalu, kini giat mencari pemandu sesuai untuk menyertai projek mereka.

Prinsipal pasukan, Graeme Lowdon menegaskan bahawa pemilihan pemandu akan dibuat berdasarkan merit tanpa mengira kewarganegaraan.

“Kami pasti memilih berdasarkan merit. Perlumbaan F1 bukan taman permainan, ini adalah kemuncak sukan permotoran dunia.

“Soalan utama adalah sama ada kami akan mempunyai pemandu Amerika Syarikat (AS) atau tidak. Secara peribadi, saya tidak melihat sebarang sebab mengapa seorang pemandu AS tidak boleh dipilih.

“Kami di sini untuk menjalankan tugas dan pemilihan dibuat berdasarkan merit sepenuhnya,” kata Lowdon.

Beberapa pemandu berpengalaman yang kini tiada tempat di F1 disebut-sebut bakal menyertai Cadillac antaranya ialah Zhou Guanyu (China), Valtteri Bottas (Finland), Sergio Perez (Mexico) Mick Schumacher (Jerman) mahupun Colton Herta (Amerika Syarikat).

“Kami melihat ramai pemandu berbakat yang kini tidak berada di grid F1. Bagi Colton (Herta) dia seorang pemandu yang sangat berbakat tetapi dia perlu mendapatkan Super License terlebih dahulu,” jelas Lowdon.

Cadillac dijangka mengumumkan keputusan mereka dalam masa terdekat sebelum bersiap sedia untuk menghadapi musim 2026. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI