fbpx

32 saksi, 4 bekas pegawai Ismail Sabri dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 36 individu sudah dirakam keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut sumber, rakaman keterangan itu membabitkan seramai 32 saksi dan empat bekas pegawai Ismail Sabri yang ditahan sebelum ini.

“Seramai 23 saksi baharu akan dipanggil dalam masa terdekat. Empat lagi saksi dalam proses rakaman percakapan,” katanya hari ini.

Jumaat lalu, pegawai penyiasat SPRM menemubual seorang doktor bergelar Datuk di sebuah hospital di Petaling Jaya, di sini.

Ismail Sabri sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada Jumaat lalu, namun proses rakaman percakapan itu ditunda kepada Rabu ini kerana masih diberikan sijil cuti sakit.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Terdahulu, SPRM menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam serta 16 kilogram jongkong emas yang dianggarkan bernilai RM7 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI