fbpx

Wanita mati melecur terbakar, polis klasifikasi kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH rumah yang terbakar di Kampung Baru Sri Gading, Batu Pahat Sabtu lalu menyebabkan kematian kepada seorang wanita berusia 31 tahun.

BATU PAHAT – Seorang lelaki ditahan kerana membunuh selepas seorang wanita yang terlibat dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Baru Sri Gading Sabtu lalu meninggal dunia sehari selepas dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, dalam kejadian pukul 4.45 petang dan dilaporkan kepada pihaknya pada pukul 9 malam itu telah melibatkan dua orang mangsa iaitu seorang wanita berusia 31 tahun dan seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun.

Katanya, mangsa wanita telah melecur pada darjah kebakaran 74 peratus manakala lelaki itu hanya mengalami kecederaan sekitar 13.5 peratus sebelum kedua-duanya dihantar untuk mendapatkan rawatan di HSNI oleh orang awam.

“Pada mulanya polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan cubaan bunuh dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah.

“Bagaimana pun, selepas mangsa terbakar itu meninggal dunia pada pukul 9.54 malam kelmarin, polis telah mengklasifikasi semula siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, Siasatan awal Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Batu Pahat mendapati permulaan kejadian berpunca daripada insiden pertengkaran mulut antara kedua-duanya.

Ujarnya, kejadian kemudiannya berlarutan sehingga berlaku insiden menggunakan pemetik api dan minyak petrol yang menyebabkan berlaku kebakaran pada rumah kediaman tersebut dan api yang marak turut menyambar bahagian badan mangsa dan suspek.

“Susulan kejadian itu, lelaki itu kemudiannya ditahan untuk siasatan dan dikenakan tahanan reman sehingga 15 Mac ini,” katanya.

Dalam kejadian tersebut, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram dan BBP Batu Pahat dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran rumah itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI