fbpx

[VIDEO] ‘Bukan senang nak dapat kurier baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman video di TikTok memaparkan seorang pemuda yang merupakan pekerja kurier meletakkan barang di rumah pelanggan dengan cermat.

PETALING JAYA – Satu rakaman video memaparkan seorang pemuda dipercayai pekerja sebuah syarikat kurier meletakkan barang penghantaran di rumah pelanggan dengan penuh berhati-hati.

Video berdurasi 25 saat yang dikongsi oleh @Meowzelifa di TikTok menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), di mana pemuda tersebut memasukkan tangan di celah pagar untuk menurunkan bungkusan pelanggan dengan cermat.

Tindakan pemuda itu mendapat pujian ramai, dengan rata-rata netizen memuji sikapnya yang bertanggungjawab dalam memastikan barang yang dihantar sampai dalam keadaan baik.

“Sebab abang ni tahu adab. Itu pentingnya belajar adab. Moga syurga buat abang kurier,” kata @Emylia_adelia17.

“Saya pernah barang dalam perjalanan sampai rumah. Kurier ‘call’ (telefon) nak hantar. Saya minta dia tolong simpankan. Alhamdulillah dia tolong simpankan dekat rumah. Bukan senang nk dapat courier yg baik,” komen @Mawarbaiduri7745.

“Contoh terbaik! Ikhlas dengan pekerjaan dia dalam mencari rezeki,” balas @Sahaina1503. -KOSMO! ONLINE

@meowzelifaTime kita balik kampung, time tu barang pun otw, tak sangka boleh nampak kebaikan abg courier dari cctv 😀

♬ La Illah Ela Allah – Mohamed Youssef

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI