fbpx

Sumbangan berjumlah RM312,000 kepada waris insiden 2 helikopter TLDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (kiri) menyerahkan sumbangan kepada satu daripada waris mangsa tragedi kemalangan dua helikopter TLDM yang berlaku tahun lalu, dalam majis berbuka puasa di Lumut semalam.

LUMUT – Keseluruhan hampir RM312,000 disumbangkan kepada keluarga dan waris mangsa tragedi kemalangan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di sini pada 23 April tahun lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sumbangan itu adalah hasil kutipan tabung khas dan diberikan mengikut kelayakan.

“Sempena dengan majlis berbuka puasa bersama warga TLDM di sini semalam, saya berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga dan waris mangsa tragedi. Kesemuanya berjumlah RM312,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS) bagi melihat kerja-kerja pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Dalam insiden pada 23 April 2024 itu, 10 nyawa terkorban semasa nahas pertembungan dua helikopter di udara yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 di Lumut.

Mohamed Khaled berkata, peruntukan turut disampaikan kepada TLDM sebanyak RM70.44 juta untuk tujuan penyelenggaraan rumah-rumah TLDM sebagai penekanan aspek kebajikan kepada para anggota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI