fbpx

[VIDEO] ‘Kalau saya tak bagi laluan, mungkin saya yang langgar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan SUV terlanggar tayar yang berada di lorong kanan di Lebuh Raya Utara - Selatan berhampiran Kawasan R&R Sungai Buloh.

PETALING JAYA – Seorang pengguna jalan raya terkejut selepas menyaksikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang berada di hadapannya terlibat kemalangan setelah terlanggar tayar yang berada di lorong kanan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, semalam.

Menurut perkongsian di Facebook oleh @Khairulabdullah, kejadian berlaku ketika dia sedang memandu bersama anak-anaknya yang sedang tidur.

“Saya berada di lorong laju dan memberi laluan kepada sebuah kereta yang mahu memotong. Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi hentaman kuat,” katanya.

Bagaimanapun, pemandu itu tidak menyedari apa yang berlaku sehinggalah dia menonton rakaman daripada kamera papan pemuka (dashcam) keesokan harinya.

“Baru saya perasan, rupanya kereta itu telah melanggar tayar yang berada di lorong laju. Kalau saya tidak memberi laluan, mungkin saya yang akan langgar,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya mengenai tanggungjawab pengurusan lebuh raya dalam insiden seperti ini.

“Jika kes macam ini, pengguna boleh saman pengurusan lebuh raya tak,” kata @Hanz.raihan.

“Itu sebab lebuh raya kena ada lampu, sesetengah tempat gelap tiada lampu sepanjang jalan kalau keadaan macam ini ada tayar pecah, tercabut, tak sempat nak elak,” kata @Amie7730.

“Dulu saya pernah kena macam ini, gelap gelita kereta tak senget tapi melambung,” kata @Anne.melly. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI