fbpx

Ribut petir, hujan lebat di seluruh Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 11 negeri di Semenanjung sehingga 4 petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang.

“Di Kedah, cuaca sama dijangka berlaku di Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di negeri Perak pula, ia melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala Kelantan melibatkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya.

Sementara itu, amaran sama dikeluarkan bagi negeri Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

“Amaran ribut petir juga turut melibatkan daerah di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Negeri Sembilan berisiko melanda kawasan Jelebu, Seremban dan Port Dickson,” lapor MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka turut berlaku di negeri Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI