fbpx

Gagal bayar tunggakan, MBS cabut pintu rumah penyewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menjalankan operasi penguatkuasaan menanggalkan pintu rumah pangsa kos rendah berikutan kegagalan penyewa melunaskan tunggakan sewa.

PETALING JAYA – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang menjalankan operasi penguatkuasaan telah bertindak menanggalkan pintu rumah pangsa kos rendah di Lobak, Seremban berikutan kegagalan penyewa melunaskan tunggakan sewa.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh @Mbsseremban di TikTok, tindakan tersebut diambil setelah penyewa gagal membayar tunggakan sewa bulanan sebanyak RM150 menyebabkan tunggakan menjadi berpuluh ribu ringgit.

Menurut pihak MBS, notis peringatan dan amaran telah dikeluarkan kepada penyewa sebelum tindakan tegas diambil.

“MBS telah menghantar notis dan memberi amaran berkali-kali agar tunggakan sewa dilunaskan, namun sehingga hari ini masih tiada bayaran dibuat.

“Semasa operasi, MBS telah mendapati penghuni yang tinggal disitu merupakan bukan penyewa asal.

“Kami dapati puan bukanlah penyewa sebenar. Bagaimana puan boleh masuk ke rumah ini? Puan penceroboh tau,” katanya.

Dalam rakaman yang tular itu, beberapa pegawai MBS dilihat mencabut pintu rumah sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan terhadap penyewa yang gagal menjelaskan tunggakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI