fbpx

Co-pilot paling ‘function’, patut dapat duit raya lebih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Jalan Bukit Serampang, Johor ketika yang dilalui pasangan suami isteri.

PETALING JAYA – Kecekapan seorang isteri terbukti apabila berjaya memberi amaran awal sewaktu kereta yang dipandu suaminya hampir melanggar seekor lembu di Jalan Bukit Serampang, Johor baru-baru ini.

Rakaman papan pemuka (dashcam) kereta yang dinaiki pasangan suami isteri tersebut memaparkan perjalanan mereka di jalan yang gelap itu.

Namun, pada waktu yang sama, isteri kepada pemandu itu tiba-tiba memberi amaran terdapat seekor lembu di tengah jalan.

“Abang, lembu, abang, lembu,” jeritnya.

Kedua-dua mereka menarik nafas lega apabila kecekapan sang isteri berjaya membuatkan suaminya mengelak akan haiwan tersebut.

Menjengah ruangan komen, kebanyakan orang ramai turut menyatakan pengalaman mereka mengalami perkara yang sama sewaktu melalui jalan gelap berkenaan.

“Selalunya ‘co-pilot’ tidur, jarang berfungsi,” komen @Lengchai.

“Mata dia elok sungguh, kalau aku walaupun jarang tidur kalau laki aku memandu, tapi mata aku tak secerah orang ini,” balas @CikeboomEmpire.

“Itulah guna co-pilot, tapi pemandu selalunya acah-acah hebat bawak kereta,” kata @Cikbungaa. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI