fbpx

40 pokok limau seludup dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok limau yang dirampas Maqis Selangor.

KLANG – Cubaan menyeludup masuk 40 pokok limau sebagai hadiah perayaan Tahun Baru Cina yang diisytiharkan sebagai pokok bunga kering berjaya dipatahkan dalam kejadian di Pelabuhan Barat, baru-baru ini.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi pada Sabtu lalu itu, kesemua limau dari negara China itu dikesan hasil pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor.

Pengarahnya, Dr. Tarmisal Alimin berkata, ketika pemeriksaan dilakukan didapati pokok-pokok limau itu diletakkan bersama dengan pokok bunga kering yang mempunyai permit yang sah bagi mengelirukan pihaknya.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati pokok limau berkenaan yang bernilai RM680 tidak mempunyai permit import sah yang dikeluarkan Maqis selain sijil fitosanitasi dari negara asal.

“Hasil siasatan mendapati tujuan pokok limau ini dibawa masuk ke negara ini untuk pemberian hadiah sempena Tahun Baru Cina nanti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, penahanan keluaran pertanian ini adalah bagi mengekang kemasukan serangga perosak kerana sekiranya ia terlepas, haiwan perosak itu boleh menyebabkan industri pertanian negara terjejas.

Ujar Tarmisal, kesemua pokok limau tersebut akan dilupuskan mengikut prosedur operasi piawai yang sudah ditetapkan pihaknya.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta yang sama.

“Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI