fbpx

Sultan Nazrin rasmikan Masjid Tuminah Hamidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (tengah) menanam pokok bunga telang sebagai simbolik perasmian Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi di sini pada majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta kerajaan negeri Perak.

Sebagai simbolik perasmian masjid berkenaan, baginda berkenan menyempurnakan upacara penanaman pokok bunga tanjung atau mimusops elengi di pekarangan masjid berkenaan.

Masjid Tuminah Hamidi mula dibina pada 2017 dan selesai pada 2023 dengan namanya diambil sempena nama ibu bapa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Allahyarham Raden Hamidi Abdul Fatah dan Allahyarham Tuminah Abdul Jalil.

la mampu menampung seramai 5,000 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan dataran terbuka, dewan serbaguna, bilik pameran, serta bilik persidangan dua tingkat.

Sultan Nazrin seterusnya mencemar duli berbuka puasa bersama Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta lebih 2,500 jemputan yang lain.

Baginda turut menunaikan solat maghrib sebelum berkenan berangkat ke majlis santapan, diikuti dengan solat isyak, tarawih dan jamuan moreh.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid menyantuni dan menyumbangkan duit raya kepada 300 pelajar tahfiz dan anak yatim selaras dengan prinsip Malaysia Madani yang mengutamakan nilai kesejahteraan, ihsan, dan hormat untuk semua lapisan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI