PETALING JAYA – Perkongsian seorang pemuda mengenai air ‘orange lemon tea’ yang disediakannya untuk berbuka puasa menarik perhatian ramai apabila netizen mengaitkannya dengan warna kuah tomyam.
Klip tular yang dimuat naik @Iqbalhazim.co di TikTok, menunjukkan pemuda tersebut ingin berbuka puasa, namun air yang dibuatnya gagal mengikut resipi asal pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming.
“Ini apa Khairul Aming? Kitorang buat tak jadi, dah macam gulai,” katanya dalam klip tersebut.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pengguna terhibur dan ada juga yang berseloroh dengan kejadian itu.
“Dah macam tomyam je hahaha, boleh buat hirup-hirup,” seloroh @Mierasyefa.
“Dah macam air budu. Bukan awak je buat tak jadi, saya buat pun tak jadi,” kata @Tiza_basha.
“Macam sup tulang pun ada lah, lapar pula saya. Baru tengah hari ni,” usik @Eryna.natasha49.
Rakaman video yang tular itu berjaya meraih sebanyak 18,800 tanda suka, 391 komen dan 1,429 perkongsian. -KOSMO! ONLINE
@iqbalhazim.co Puasa 8 | @Khairulaming kitorang buat dah macam gulai asam rong pahang.. @syaf ⋆˚✿˖° @تيرا لقمان @Zaty Lukman ♬ bunyi asal – 𝓐𝓩𝓘𝓜