fbpx

‘Jaga’ dilanggar lerai pergaduhan pelanggan kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular pengawal keselamatan cedera selepas dilanggar sebuah kereta ketika meleraikan pergaduhan di berhampiran sebuah pusat hiburan di Bandar Botanik, semalam.

KLANG – Seorang pengawal keselamatan cedera selepas dilanggar sebuah kereta ketika meleraikan pergaduhan di berhampiran sebuah pusat hiburan di Bandar Botanik, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 2.30 pagi dengan mangsa lelaki berusia 33 tahun patah tulang pinggul kanan dan kesan luka di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, hasil siasatan mendapati pergaduhan tersebut melibatkan pelanggan di pusat hiburan tersebut.

Katanya, beberapa pengawal keselamatan cuba meleraikannya, namun turut dipukul pelanggan yang bergaduh.

Tangkap layar video tular pengawal keselamatan cedera selepas dilanggar sebuah kereta ketika meleraikan pergaduhan di berhampiran sebuah pusat hiburan di Bandar Botanik, semalam.

“Salah seorang suspek bertindak liar kawalan dengan melanggar seorang pengawal keselamatan dengan sebuah kereta jenis Honda City warna kelabu.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan dan dilaporkan stabil,” katanya hari ini.

Justeru, kata beliau, bertindak maklumat kemudiannya telah menangkap seorang suspek lelaki berusia 43 tahun kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Tambahnya, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan satu rekod dadah serta permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang, esok. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI