fbpx

Kerajaan beri RM20,000 sebulan kepada penganggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bandar raya Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA – Rakyat Singapura yang menganggur tidak lama lagi boleh memohon elaun bulanan berjumlah SGD$6,000 (RM20,000) untuk tempoh enam bulan, lapor portal berita VNExpress semalam.

Mereka akan menerima pembayaran itu melalui skim kerajaan yang akan dilancarkan pada pertengahan April ini.

Menurut laman web skim SkillsFuture Jobseeker Support itu, rakyat Singapura berumur 21 tahun ke atas layak memohon jika mereka telah bekerja di negara kota tersebut sekurang-kurangnya untuk selama enam bulan pada 2024.

Pemohon perlu mempunyai purata pendapatan bulanan SGD$5,000 (RM16,000) atau kurang pada masa itu.

Syarat lain ialah mereka sudah tidak bekerja selama sekurang-kurangnya sebulan atas sebab di luar kawalan seperti pemberhentian kerja, penutupan perniagaan atau diberhentikan kerana masalah kesihatan.

Hartanah yang mereka diami juga mesti mempunyai nilai tahunan SGD$31,000 (RM103,000) atau kurang. 

Pembayaran akan berhenti sebaik sahaja mereka mendapat pekerjaan semula. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI