fbpx

Pasangan dicekup khalwat pada bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Banda Aceh. - Foto AFP

JAKARTA – Satu pasangan bukan muhrim yang dipercayai berkhalwat di dalam sebuah kenderaan, ditangkap dalam bulan Ramadan di Aceh, lapor portal berita Prohaba hari ini.

Pasangan lelaki dan wanita itu ditangkap di kawasan Jaya Baru pada malam Sabtu lalu.

Orang awam yang menangkap mereka mendapati pasangan tersebut berdua-duaan di dalam kereta.

Identiti pasangan itu belum didedahkan kerana siasatan masih dilakukan oleh sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang syariah.

“Pasangan bukan muhrim ditangkap oleh penduduk. Ketika ini (kes mereka) sedang disiasat.

“Maklumat (yang diperoleh) daripada penduduk menyatakan bahawa mereka  ditangkap di dalam kenderaan,” kata Ketua Penegak Syariat Islam, Roslina A Djalil. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI