fbpx

Mark Carney Perdana Menteri Kanada yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Carney bercakap selepas dipilih sebagai pemimpin Parti Liberal yang baharu di Ottawa semalam. - AFP

OTTAWA – Mark Carney diumumkan sebagai Perdana Menteri Kanada bagi menggantikan Justin Trudeau yang meletak jawatan pada Januari lalu, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Parti Liberal sebulat suara memilih Carney dalam sesi pengundian semalam. Beliau  menewaskan pesaingnya, Chrystia Freeland dengan kelebihan 85.9 peratus undi.

Sejurus diumumkan pemenang, Carney, 59, berikrar untuk setia kepada Kanada dan tidak akan sesekali menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat (AS) walau dalam apa juga keadaan sekali pun.

“Kita tidak mahu memulakan persengketaan, namun Kanada sentiasa bersedia apabila pihak lain memulakannya.

“Amerika Syarikat hanya mahukan sumber bumi, air dan tanah air kita,” katanya.

Ketika mengulas mengenai ancaman tarif perdagangan oleh Presiden AS, Donald Trump, Carney berkata: “Kita tidak akan membiarkan beliau berjaya, tidak akan.”

Carney mendahului sokongan untuk jawatan itu selepas Trudeau mengumumkan peletakan jawatan pada Januari lalu ketika beliau menghadapi kekalahan pilihan raya yang teruk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI