fbpx

Ganjaran RM22 juta tangkap ketua M23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Corneille Nangaa. - Foto AFP

KINSHASA – Kerajaan Republik Demokratik Congo (DRC) menawarkan ganjaran lumayan AS$5 juta (RM22 juta) untuk membantu menangkap tiga ketua pemberontak yang merampas sebahagian besar kawasan di timur negara berkenaan, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Seorang pemimpin pemberontak itu ialah bekas Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Congo, Corneille Nangaa. Dia mengetuai Perikatan Sungai Congo yang turut termasuk dalam kumpulan pemberontak M23. 

Ganjaran itu juga ditawarkan untuk dua pemimpin M23 yang lain, Sultani Makenga dan Bertrand Bisimwa.

Tahun lalu, ketiga-tiga lelaki itu didakwa tanpa kehadiran mereka oleh mahkamah tentera dan dijatuhi hukuman mati kerana mengkhianati negara.

Ganjaran sebanyak AS$4 juta (RM18 juta) pula ditawarkan untuk penahanan dua wartawan yang tinggal dalam buangan di luar negara dan dianggap oleh kerajaan DRC sebagai konco  M23. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI