fbpx

28 pemandu mabuk ditahan, 482 saman dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI polis melakukan pemeriksaan ke atas pemandu dalam Op Mabuk di sekitar Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan seramai 28 individu dalam Op Mabuk yang dijalankan serentak di seluruh daerah di negeri ini bermula Jumaat hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, dalam operasi yang dilakukan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), kesemua yang ditahan merupakan warganegara tempatan berumur di antara 24 hingga 70 tahun.

“Kesemua individu yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM30,000 dan penjara sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.

“Dalam operasi sama, polis turut mengeluarkan sebanyak 482 saman PDRM (K) 257 bagi pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata, pengabaian isyarat lalu lintas menunjukkan kesalahan tertinggi yang dikenakan saman sebanyak 79 saman diikuti tiada nombor pendaftaran dan tidak mengikut spesifikasi (68) dan halangan lalu lintas (67). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI