fbpx

Bomba teruskan SAR dua mangsa lemas di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba meneruskan SAR dua mangsa yang dikhuatiri lemas dalam kejadian berasingan di Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri kini memberi tumpuan terhadap operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa yang dikhuatiri lemas dalam kejadian berasingan di perairan Pulau Pinang, hari ini.

Kejadian pertama melibatkan seorang pemuda berusia 33 tahun yang dilaporkan terjatuh dari Kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang, kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Kes kedua pula membabitkan seorang mangsa lelaki berusia 59 tahun yang dikatakan terjatuh dari bot nelayan semasa menjalankan aktiviti memukat di perairan dekat Pulau Tikus, Jalan Tanjung Tokong, pada pukul 11.51 pagi tadi.

Sumber di JBPM negeri berkata, operasi pencarian kedua-dua mangsa terbabit turut mendapat bantuan daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

Menurutnya, operasi SAR sedang dijalankan membabitkan dua kawasan pencarian dan pos kawalan bomba masing-masing telah dibuka di Jeti Jabatan Laut serta di Kelab Renang Pulau Pinang.

“Untuk kes kedua, pasukan menerima maklumat berhubung kejadian berlaku daripada orang awam selepas menemui sebuah sampan miliknya ditinggalkan berhampiran lokasi mangsa dikhuatiri terjatuh.” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, usaha mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa sedang diteruskan sehingga petang ini,” tambahnya.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI