fbpx

Amaran ribut petir di empat negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Antara kawasan yang terlibat di Negeri Sembilan ialah Jempol dan Tampin, manakala di Johor, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat ialah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Ribut petir pula dijangka berlaku di Sarawak membabitkan Bintulu dan Sebauh serta di Sabah, ia melibatkan kawasan di Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan),” kata kenyataan itu.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI