fbpx

‘Nasib orang Melayu di bandar akan senasib orang Melayu di Singapura’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir. - FACEBOOK

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membayangkan orang Melayu di bandar akan menerima nasib seperti orang Melayu di Singapura jika Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) dilaksanakan kelak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak menolak sebarang pembaharuan, namun janganlah sesekali meminggirkan penduduk asalnya.

“Sebagai contoh, tiada lagi Kampung Melayu di Singapura selepas diambil oleh pemaju, malah penempatan orang Melayu pula dipecahkan supaya mereka tidak dapat bersatu.

“Kononnya kita (Malaysia) mahu ambil contoh Singapura, dulu Singapura ada Kampung Melayu, sekarang tak ada.

“Inilah yang akan berlaku di Malaysia jika jadikan Singapura sebagai contoh,” katanya pada sidang akhbar bersama penduduk Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Katanya, jika isu tanah di Kampung Sungai Baru gagal diselesaikan, bagaimana kerajaan ingin memberi jaminan nasib orang Melayu di negara ini terbela.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan penggubalan URA tidak akan memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengusir mana-mana pemilik harta asal, tanpa mengira etnik.

Menurutnya, tidak akan ada peruntukan di bawah RUU berkenaan yang membenarkan pengusiran pemilik harta bandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI