fbpx

PPP bakal dibenarkan beri preskripsi ubat untuk penyakit ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan pekeliling yang membenarkan penolong pegawai perubatan (PPP) memberikan ubat-ubatan asas kepada penyakit ringan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pekeliling itu bagaimanapun tidak memerlukan pindaan kepada Akta Racun 1952, susulan perkara itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa Ketua Pengarah Kesihatan.

Beliau berkata, langkah itu antara lain untuk mengangkat dan memberikan pengiktirafan sebenar kepada PPP.

“Saya melihat perkara ini amat penting kerana contohnya PPP yang bekerja di kawasan luar bandar seperti Sabah dan Sarawak, mereka perlu demikian tanpa keberadaan doktor.

“Sebagai contoh, PPP dibenarkan untuk memberikan ubat-ubatan yang termasuk dalam kategori C dan C+ Akta Racun, termasuk paracetamol, piriton, lomotil, dan antibiotik biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas melancarkan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Ke-14 Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Hospital Tunku Azizah di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli dan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia Zulhelmi Abdullah.

Sementara itu, Dr Muhammad Radzi ketika ditemui turut mengesahkan pekeliling berkenaan akan dikeluarkan namun pihaknya belum mempunyai ketetapan bila perkara itu akan dilaksanakan.

“Ya, ia akan dikeluarkan secara dalaman membabitkan semua PPP,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI