fbpx

Warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang warga emas mengalami kerugian sebanyak RM300,378 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada November lalu selepas mangsa yang merupakan lelaki berumur 63 tahun berminat dengan pelaburan melalui laman web kripto Silegx yang dijumpai di Facebook.

“Mangsa telah melayari laman web https: www.silegxst.com dan telah mendaftar akaun pengguna.

“Mangsa telah memasukkan wang pelaburan sebanyak 10 kali transaksi ke sembilan akaun berbeza dan hanya pernah mendapat pulangan sekali sahaja berjumlah RM20,698.00,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa membuat transaksi pertama pada 25 November 2024 dan transaksi kali terakhir pada 5 Februari lalu.

Katanya, setelah mendapat pulangan pada 1 Januari lalu, mangsa masih lagi memasukkan wang pelaburan namun mangsa tidak dapat mengeluarkan wang pelaburan meskipun telah bertambah.

“Mangsa diminta memasukkan lagi wang pelaburan jika hendak keluarkan wang keuntungan berkenaan menyebabkan mangsa mengesyaki telah ditipu dengan jumlah kerugian sebanyak RM 300,378,”katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak polis menasihatkan orang ramai agar membuat semakan dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan sekiranya menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI