fbpx

16 peratus pelajar Korea Selatan obes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pelajar mengambil peperiksaan di Seoul. - Foto AFP

SEOUL – Seorang dalam setiap enam pelajar sekolah rendah, menengah dan tinggi di Korea Selatan didapati mengalami masalah obesiti, lapor akhbar The Korea Times semalam.

Menurut Perkhidmatan Insurans Kesihatan Kebangsaan, separuh daripada mereka mungkin mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko untuk sindrom metabolik. 

Kajian itu yang menganalisis pelbagai data termasuk pemeriksaan kesihatan sekolah, bayi dan remaja luar sekolah,  mendapati kadar obesiti dalam kalangan bayi dan anak kecil berada pada tahap 8.3 peratus untuk tahun 2023.

Sebanyak 16.7 peratus pelajar pula diklasifikasikan sebagai obes, demikian menurut kajian tersebut.

Ia bermakna seorang dalam setiap 12 bayi dan seorang dalam setiap enam pelajar tergolong  dalam kategori obes. 

Penyelidik turut meneliti sama ada pelajar obes tersebut menunjukkan faktor risiko utama untuk sindrom metabolik seperti hipertensi, diabetes, dislipidemia dan penyakit hati berlemak bukan alkohol. 

Dalam kalangan pelajar yang dikategorikan sebagai obes, sebanyak 20.2 peratus berada dalam peringkat pradiabetik.

Ia menimbulkan kebimbangan yang ketara tentang risiko kesihatan jangka panjang yang dikaitkan dengan obesiti pada zaman kanak-kanak.

Korea Selatan dianggarkan mempunyai kira-kira 1.2 juta tadika,  sekolah rendah dan menengah pada 2023. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI