fbpx

Karkas babi RM375,000 seludup dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA karkas babi yang disimpan dalam kontena dirampas dalam Op Beku di Taman Industri Jaya, Skudai, Johor Bahru, Jumaat lalu.

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki berusia 33 ditahan bersama kontena dengan muatan 45 ekor karkas babi yang disimpan di sebuah premis di Taman Industri Jaya, Skudai, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, serbuan menerus Op Beku itu dijalankan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Veterinar Johor pada pukul 11.10 malam.

“Pemeriksaan terhadap sebuah lori dilokasi menemukan 90 keratan karkas menyamai 45 ekor babi yang diseludup masuk dari negara jiran.

“Suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan sah, sehubungan itu polis membuat rampasan berjumlah RM375,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kumarasan, suspek dan barangan rampasan kemudian diserahkan kepada Jabatan Veterinar Johor untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Peruntukan Subkaedah 5(3) Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI