fbpx

Vijayan sedar, tampil mohon maaf hina Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijayan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki, Vijayan Savarinathan yang sebelum ini didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan tampil memohon maaf menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Menurut Vijayan, dia sedar tindakannya memuat naik video (kata-kata hinaan) itu tidak sepatutnya berlaku namun perkara itu terjadi berikutan rasa marah dengan tindakan penyampai stesen radio yang dikatakan membuat penghinaan terhadap agama Hindu.

“Saya ingin meminta maaf ikhlas daripada hati saya dan saya sedar apa yang saya telah buat dan cakap adalah satu perbuatan yang tidak patut.

“Saya buat video tersebut kerana ingin membalas perbuatan mereka , saya jadi marah dan tak boleh tahan kerana bangsa saya dihina,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dia sedar, sikap terlalu mengikut perasaan bukanlah alasan untuk bertindak sedemikian walaupun dalam keadaan marah.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis sedang memburu seorang pemilik akaun Facebook, Vijayan Savarinathan selepas didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur hinaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, lelaki berkenaan dipercayai berada di luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI