fbpx

Badosa kecam tempoh kuarantin panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADOSA mengecam tempoh kuarantin yang panjang dikenakan ke atasnya menjelang Grand Slam Terbuka Australia pada penghujung bulan depan.

MELBOURNE – Bintang tenis Sepanyol, Paula Badosa menyifatkan tempoh kuarantin yang panjang menjelang Grand Slam Terbuka Australia pada Februari depan antara detik terburuk sepanjang kariernya.

Atlet di ranking ke-67 dunia itu antara pemain pertama disahkan positif Covid-19 sebaik sahaja tiba di Australia dan di­sebabkan masalah itu, dia di­arahkan untuk menjalani kua­rantin sehingga 31 Januari.

Sekiranya Badosa dijangkiti virus Covid-19 baharu kemungkinan dia hanya dibenarkan menjalani latihan bermula 5 Februari nanti sekali gus dilihat terkesan untuk mendapatkan kecergasannya.

Grand Slam Terbuka Australia ditangguhkan tiga minggu kerana gangguan pandemik Covid-19 dan akan berlangsung pada 8 hingga 21 Februari nanti.

“Saya rasa ketinggalan kerana saya tidak mempunyai peralatan yang saya minta sejak lima hari yang lalu. Saya belum diberitahu jenis virus yang berada dalam badan ini.

“Saya akui ini adalah pengalaman terburuk sepanjang karier saya. Keadaan di sini menyedihkan, saya tidak menjangkakannya seperti ini. Tahap kecergasan saya juga mula menurun.

“Sekiranya saya dapat keluar pada 31 Januari ini nanti, saya hanya mempunyai masa seminggu untuk kembali sihat. Sekiranya 5 Februari, mustahil untuk saya beraksi dengan keadaan seperti ini,” kata Badosa.

Pemain Sepanyol itu, tiba di Melbourne selepas beraksi pada Terbuka Abu Dhabi awal bulan ini dan pada hari ketujuh menjalani kuarantin, dia disahkan positif.

Ketika ini, 72 atlet dikurung di dalam hotel selama dua minggu.

Minggu lalu, pemain nombor 28 dunia Kazakhstan, Yulia Putintseva mengadu dia sukar tidur di bilik hotelnya kerana tikus berkeliaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI