fbpx

‘Pernah diceraikan lepas dua bulan nikah, kami cuma rujuk batin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afreena (kanan) mendedahkan Along pernah melafazkan cerai terhadapnya dua bulan selepas berkahwin namun mereka rujuk secara batin. – ISKANDAR ISHAK

SEPANG – Isteri kepada pelawak dan pelakon Along Cham, Afreena Suhaimi mendedahkan pernah diceraikan Along Cham ketika perkahwinan mereka memasuki bulan kedua namun rujuk semula ketika dalam idah.

Afreena, 33, berkata, begitupun perkara tersebut tidak dibawa ke pihak berwajib untuk pengesahan selain belum ada sebarang tindakan susulan daripada lelaki terbabit.

“Hari ini yang diketengahkan hanyalah lafaz cerai taklik tapi sebenarnya sebelum itu sudah berlaku satu lafaz cerai iaitu pada Jun 2024 dan dilakukan di luar mahkamah.

“Kalau mengikut undang-undang mahkamah, itu merupakan satu kesalahan dan plaintif boleh dikenakan tindakan denda.

“Waktu itu kami baru berkahwin dua bulan dan pada ketika itu, saya sudah berbincang dengan plaintif untuk melakukan pengesahan cerai tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini.

Pengurus kejuruteraan di sebuah syarikat penerbangan itu hadir ke mahkamah tersebut bagi pengesahan lafaz cerai taklik yang dikemukakan Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42.

Begitupun, Hakim Syarie Muhamad Nazri Basrawi menunda kes tersebut ke 8 Mei depan selepas dberlaku kesilapan dalam mengisi borang permohonan yang dibuat plaintif.

Susulan itu, Afreena meluahkan rasa kecewa apabila kes berkenaan ditangguhkan ke tarikh lain.

“Saya agak kecewa sebab perkara ini sudah lama sangat tertangguh. Dari tahun lepas lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Along atau nama lengkapnya Muhammad Nizamuddin Ahmad mengakui berlakunya lafaz cerai kira-kira dua bulan selepas bernikah.

“Memang ada lafaz yang berlaku sebab ada beberapa perkara yang terjadi dan kami memang baru sangat kahwin pada ketika itu.

“Kemudian kami lakukan rujuk batin. Selepas itu dia pujuk saya dan berjanji berubah, saya bagi peluang sebab saya bukan berkahwin untuk bercerai.

“Tetapi kesalahan itu berlaku, berlaku, dan berlaku lagi sehinggalah saya buat lafaz taklik.

Terdahulu, pengesahan lafaz cerai taklik melibatkan Along dan Afreena terpaksa ditangguhkan kepada tarikh lain atas sebab teknikal.

Keputusan itu dibuat mahkamah selepas Hakim Syarie mendapati berlakunya kekeliruan berkaitan dokumentasi yang dibuat Along selaku plaintif.

Kemelut rumah tangga mereka mula tercetus selepas Along mendakwa Afreena melanggar tiga perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan dan membawa kepada jatuhnya lafaz taklik.

Dakwa Along, isterinya itu melanggar lafaz taklik tersebut tahun lalu dan sepatutnya dia memfailkan lafaz berkenaan di mahkamah pada 16 Disember 2024 tetapi malangnya ditahan polis pada 14 Disember akibat kes memiliki dadah.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024. Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia, Zila Seeron pada Januari 2010 tetapi bercerai enam tahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel yang kini berusia 14 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI