fbpx

Pekerja asing tidak boleh lebih 15 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Pembekuan kelulusan kuota pekerja asing baharu masih diteruskan bagi memastikan penggajian pekerja asing di negara ini tidak melebihi 15 peratus daripada guna tenaga negara.

Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong berkata, keputusan itu selari dengan prinsip memberi keutamaan kepada penggajian pekerja tempatan dalam pasaran buruh sebelum kekosongan ditawarkan kepada pekerja asing.

“Kerajaan masih nengekalkan keputusan pada 18 Mac 2023 berhubung pembekuan kelulusan kuota pekerja asing baharu.

“Bagi mendokong dasar menetapkan penggajian pekerja asing tidak boleh melebihi 15 peratus daripada guna tenaga negara menjelang 2025,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk
C. Sivaraj berhubung pelan strategik kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam sektor kritikal.

Menjawab soalan tambahan Sivaraj, Steven Sim berkata, kerajaan pada tahuh lalu bersetuju memberi kelonggaran kepada industri tertentu bagi permohonan pekerja asing.

Bagaimanapun, katanya, persetujuan itu adalah berdasarkan keperluan khusus dan pertimbangan secara ‘case-by-case basis’ dengan syarat yang sangat ketat.

“Kesuma bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama bersetuju memberi keizinan pekerja asing ‘on case-by-case basis’

“Tetapi harus saya tegaskan syaratnya cukup ketat supaya kita beri keutamaan kepada pekerja tempatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`